Wednesday, 23 September 2015

BYE fatty ! HYE Diet Mayo !

Assalamualaikum & Hai.

Cuti sekolah datang lagi. Kad kawen anak jiran, kengkawan, sepupu - sepapat dan sewaktu dengannya dah selamat parking atas meja tepi tv sebulan lalu. Gittew! Jangan di tanya aku bila lagi okeyy..

Musim cenggini bab makan memang tak hengat dunia. Kalau tak makan rugi lah kang. Sementara berkesempatan ni lah nak makan puas-puas. Lepas tu kita diet !!! Hahha.

Diet apa? Kita cuba Diet Mayo. Baca sini  untuk more info pasal diet mayo ni keyh~~

Dah faham, kita mula dengan Bismillah.

Sekadar gambar hiasan

 Day #1

Sarapan : Secawan kopi atau teh manis + 1 sudu gula pasir
Tengahari : 2 biji telur rebus + 1 ikat bayam + 1 biji tomato
Malam : 1.5 oz beef steak yang digoreng + 1 biji buahan segar

Day #2

Sarapan : Secawan kopi atau teh manis + 1 sudu gula pasir
Tengahari : 1.5 oz beef steak yang digoreng atau direbus + salad + 1 biji buahan segar
Malam : 2.5 oz ayam kukus + 1 biji pisang

Day #3

Sarapan : Secawan kopi atau teh manis + 1 sudu gula pasir
Tengahari : 2 biji telur rebus + 1 ikat bayam + 1 biji tomato + 1 biji buahan segar
Malam : 2.5 oz ayam kukus + salad dengan lemon dressing

Day #4

Sarapan : Secawan kopi atau teh manis + 1 sudu gula pasir + sekeping roti bakar
Tengahari : 1 biji telur rebus + 1 biji lobak yang direbus sebentar + 20 gram keju trim
Malam : 1 mangkuk penuh betik dengan lemon dressing + 1 gelas susu rendah lemak

Day #5

Sarapan : 1 biji lobak mentah bersaiz besar diparut + lemon dressing
Tengahari : 2.5 oz ayam kukus ditambah dengan sedikit sos mentega yang tidak masin
Malam : 2.5 oz beef steak yang digoreng atau direbus + salad + 1 ikat bayam

Day #6

Sarapan : Secawan kopi atau teh manis + 1 sudu gula pasir + sekeping roti bakar
Tengahari : 2.5 oz ayam kukus + salad dengan lemon dressing
Malam : 2 biji telur rebus + 1 biji lobak mentah bersaiz besar diparut + lemon dressing

Day #7

Sarapan : Secawan kopi atau teh tanpa gula
Tengahari : 1.5 oz beef steak yang digoreng + 1 biji buahan segar
Malam : 2 biji telur rebus + 2 biji pisang

Day #8

Sarapan : Secawan kopi atau teh manis + 1 sudu gula pasir
Tengahari : 2 biji telur rebus + 1 ikat bayam + 1 biji tomato
Malam : 1.5 oz beef steak yang digoreng + 1 biji buahan segar

Day #9

Sarapan : Secawan kopi atau teh manis + 1 sudu gula pasir
Tengahari : 1.5 oz beef steak yang digoreng atau direbus + salad + 1 biji buahan segar
Malam : 2.5 oz ayam kukus + 1 biji pisang

Day #10

Sarapan : Secawan kopi atau teh manis + 1 sudu gula pasir
Tengahari : 2 biji telur rebus + 1 ikat bayam + 1 biji tomato + 1 biji buahan segar
Malam : 2.5 oz ayam kukus + salad dengan lemon dressing

Day #11

Sarapan : Secawan kopi atau teh manis + 1 sudu gula pasir + sekeping roti bakar
Tengahari : 1 biji telur rebus + 1 biji lobak yang direbus sebentar + 20 gram keju trim
Malam : 1 mangkuk penuh betik dengan lemon dressing + 1 gelas susu rendah lemak

Day #12

Sarapan : 1 biji lobak mentah bersaiz besar diparut + lemon dressing
Tengahari : 2.5 oz ayam kukus ditambah dengan sedikit sos mentega yang tidak masin
Malam : 2.5 oz beef steak yang digoreng atau direbus + salad + 1 ikat bayam

Day #13

Sarapan : Secawan kopi atau teh manis + 1 sudu gula pasir + sekeping roti bakar
Tengahari : 2.5 oz ayam kukus + salad dengan lemon dressing
Malam : 2 biji telur rebus + 1 biji lobak mentah bersaiz besar diparut + lemon dressing



Nota sisi : 

Apa itu lemon dressing boleh  klik sini .


Cukup 13 hari, jum timbang! 


Till then.

Lot of loves,

Shafarahhusna, 24 September 2015

Tuesday, 22 September 2015

Merisik Khadijah

Assalamualaikum & Hai.

Nak cerita sikit pasal aku, Alwa, Saf, Apijol dan Jekzie kembara ke negeri yang sinonim dengan panggilan Che Siti Wan Kembang. Tujuan kami tak lain tak bukan hanya lah untuk menjamu diri dan perut kami dengan masakan-masakan Kelantan Darul Naim yang memang terkenal manis tapi sedap ni.

Selain daripada keenakan masakannya, negeri kelahiran Khadijah turut terkenal dengan senibina islamik yang sangat halus, cantik dan gah! Kalau nak tahu, negeri Kelantan juga dikenali sebagai ‘Serambi Makkah’. Serius aku cakap, aku dah merata pergi dan apa yang buat aku kagum dan hormat, masjid-masjid di Kelantan ni sangat bersih even telekung yang di sediakan juga sangat bersih walaupun hanya sempat menyinggah dua masjid sahaja untuk solat Asar + Zuhur dan solat Maghrib + Isyak.  *Double thumbs up!

Jangkaan masa kalau dari Kuala Terengganu macam kami, lebih kurang dalam 2 jam 30 minit sahaja itu pun kalau takde menyinggah ke mana-mana dan sememangnya sudah arif dengan jalan-jalan di KB. Walaubagaimanapun, kami sempat lah jugak makan langsat 5 6 kali dan bergantung harap kepada aplikasi Maps. Hewhewhew..

Setibanya, perut sudah pun berorkestra sebab memang niat kami untuk bawak perut kosong saja. Jadi, kami decide untuk alas perut dahulu dengan Roti Titab yang boleh didapati di Kopitiam Kita. Waktu kami sampai servis tiptop lah sebab tak ramai pelanggan. Nak cari kopitiam ni punyalah susah sebab lokasinya yang sedikit ‘privacy’. Gitew. And the best thing, kopitiam ni sangat terkenal kerana menjadi persinggahan para artis seperti Siti Nurhaliza, Elfira Loy, Diana Amer dan ramai lagi.

Percayalah, satu memang tak cukup !

Roti titab ni berharga RM5 satu. Kaya dan telur separuh masak sebagai topping untuk roti yang telah di bakar. Highly recommended kalau ke Kota Bharu, Kelate. Bagi sesiapa yang tak makan telur, boleh order roti bakar kosong sajo!

Tak cukup dengan Roti Titab, kami menjejak pulak restoran Nasi Ulam Cikgu. Pergh, nak parking memang susah. Jadi kami parking kereta di parking lot depan Istana Jahar. Keluar peluh jantan setitik dua dah pun sampai. Paling istimewa adalah restoran ini terletak di dalam kawasan Kampung Kraftangan. Suasana makan kat sini seperti zaman nenek moyang iaitu makan bawah rumah bersama keluarga tersayang dan angin semulajadi menampar lembut tapi kat sini angin kipas je lah tapi tak terasa angin kipas pun sebab satu hal kami pergi hari minggu dan satu hal lagi restoran ni memang terkenal dalam kalangan penduduk setempat dan mereka-mereka dari seluruh pelusuk tanah air. So, memang crowded gila and meja pun kena berebut lah sikit.

My lunch partner !

Kat dalam ni lah restoran Nasi Ulam Cikgu tuu !

Bagi kaki budu dan tempoyak, faham-faham lah. Berpeluh jugak nak habiskan dua pinggan nasik. Kenapa dua? Sebab sepinggan tak cukup okey! Memang berjeluk kata mak aku. Hehhe. Menu pilihan kami terdiri daripada ikan keli goreng, ayam kampung goreng, ayam bandar goreng, ikan kerisi goreng, ikan kembung panggang, kuah singgang dan kuah gulai dimakan bersama ulam raja, kacang botol, timun batang dan pucuk daun jambu golok (gajus) yang dicelur terlebih dahulu. Tidak dilupakan bandung sirap selasih yang menyegarkan. Keseluruhannya hidangan disini sangat sedap serta harga yang juga berpatutan. Memang berbaloi-baloi.

Dah puas menjamu perut, kami menjamu mata di KB Mall dan seterusnya ke Pantai Cahaya Bulan. 

Niatnya untuk mencuba teh tarik madu Pak Mat tapi kedainya tutup. Sedikit hampa. Namun, kehampaan kami diganti dengan keseronokan makan sate di Jabi, Jerteh. Yuhuuuuu!!. Jabi memang terkenal dengan keenakan satenya. Kami memilih restoran sate Lanang. Harga secucuk sate hanya 60 sen. Kami memilih sate ayam, sate daging, sate hati dan pedal ayam. Berbaloi dan recommended. Sewaktu tibanya kami, suasana restoran sedikit riuh dengan murid sekolah rendah yang juga dalam perjalanan pulang ke Dungun, Terengganu dari KB! Satu bas okeyy.. Teringat rombongan sekolah zaman dulu-dulu. ^,^

Alhamdulillah, perut dah kenyang hati pun  senang.


Tu diaaa !

**Its not about where we go, but with whom we spend out time with.**

Photographer  :  Safuwan Mohd Saidi
Trip’s driver :  Zaq Zakaria
My lunch partner :  Alwa Hashim

Trip organizer :  Hafiz Hafizol



Till then.

Lot of loves,

Shafarahhusna, 23 September 2015

Monday, 7 September 2015

#CottonOn


Assalamualaikum & Hai.

Hashtag CottonOn ni adalah sempena aku dan sahabat-sahabat aku ke Pulau Kapas, Terengganu. Actually, kami dah plan sejak pertengahan bulan Ogos. Dalam 2 minggu duk buat persiapan, akhirnya 4 September 2015 kami pun mengangkat sauh sampan sajo dan berlayarlah kami 5 sahabat + 1 kawan baru = 6 jiwa ke Cotton Island. Haaa.. Cenggitu. Hikhik

Pada pukul 8 pagi kami bertolak ke Jeti Marang. Perjalanan lebih kurang dalam 20 minit je dari Kuala Terengganu. And, sebelum tu jangan lupa breakfast dengan Milo untuk tenaga berterusan #iklan.

Bersama Alwa my travel partner in future!
Pic credit to : Saf #IPhoneUser

Lebih kurang pukul 9 pagi, sampai lah kami kat jeti tu. Sebelum tu, kami kena ambil tiket yang sudah di book awal-awal dekat kaunter 2. Lupa nak cakap, kami dapat 3 bilik dan tiket bot untuk 6 org return dengan harga rm600 sahaja. Bilik besar dan selesa yang disediakan KAPAS CORAL BEACH RESORT ni muat untuk 4-5 orang. Perjalanan dari jeti ke pulau mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Berehat sebentar bersama Alwa dan Apijol
Pic credit to : Saf #IPhoneUser

Berita baiknya, perjalanan dan perancangan kami going smooth and clear. Kami sampai awal, jadi peluang yang ada kami gunakan sebaik mungkin dengan aktiviti ‘Island Walking’. Ramai pelancong asing menjadikan pulau ini sebagai destinasi percintaan mereka. Selain pelancong asing, pekerja warga asing pun ada sebab kerja-kerja renovation chalet dan hotel sedang giat dijalankan. Oh ya, Pulau Kapas menggunakan tenaga solar untuk bekalan elektrik. Smart island perhaps.

Mandi manda bersama rakan baru; Ain, Cha dan Adda
Pic credit to : Saf #IPhoneUser

Dalam pukul 11.330 pagi, kami dapat 1 bilik untuk simpan beg-beg dan terus tukar baju untuk mandi manda. Sesiapa pun geram dengan kejernihan biru laut tu beb! tapi be very careful sebab kat sini banyak obor-obor. Sepanjang kami mandi dan snorkeling, Alhamdulillah obor-obor kat situ semua bertukar jadi manja-manja dan pemalu. Hahaha

Wefie selepas snorkeling. Bersama Saf, Apijol, Zaq, Jamal dan Alwa
Pic credit to : Saf #IPhoneUser
Duyung jantan jadian
Pic credit to : Saf #IPhoneUser
Sunset :) #AcahacahSuwit
Pic credit to : Saf #IPhoneUser
Selepi dulu ngan Alwa (kacamata)
Pic credit to : Saf #IPhoneUser

Snorkeling tidak termasuk dalam harga bajet kami, so kami spare rm15 untuk menyewa kelengkapan snorkel seperti mask, gogle dan life jacket. It worth it since the coral is not quite beautiful but the fishes were very friendly. Trust me =)

Maaf, kekurangan cahaya!
Pic credit to : Saf #IPhoneUser
Pada malam hari, kami adakan mini BBQ. Barang makanan dan dapur yang sememangnya dibawa khas dari tanah besar untuk our dinner. Antara menu ialah ayam bakar yang diperap by Datin Khamas, sosej, sandwich dan mi segera. Tak mewah tapi kami kenyang.


Keesokannya, seawal jam 8.30 pagi kami ready untuk snorkeling. Sepatutnya kami snorkeling pada petang hari sebelumnya, tetapi kerana keadaan laut yang tidak mengizinkan, snorkeling kami ditunda pada pagi 5 September. Bukan kerana laut bergelora tau, tapi kerana air pasang pagi SURUT pukul lima. Lebih dua jam membakar kulit dan bermesra dengan ikan dan batu karang, jam 1030 pagi kami naik ke pantai dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah.

Pulang!!!!
Pic credit to : Saf #IPhoneUser
And yes, it was really a short-short vacation, but we had joy we had fun we had season in the sun sangat-sangat!! Wallawehhhh...

Its not about where we go, but with whom we spend our time with.

Till then.

Lot of loves,

Shafarahhusna, 7 September 2015

Sunday, 6 September 2015

Ferra Is Back!

Assalamualaikum & Hai.


Well, it’s being so long aku tidak menulis and syukur Alhamdulillah, terbuka juga hati ini untuk menulis lagi. Haa.. Gittew. Bagi aku yang bergelumang dengan dunia engineering for 8 years lebih kurang macam tu, sebenarnya menulis adalah tidak mudah kerana aku memang tidak didedahkan dengan bahasa-bahasa indah dan jika penggunaan bahasa aku yang sedikit kaku, I’m so sorry dear!  

Okey, for the very first for me, menulis adalah satu cara kita nak all out perasaan kita bila mana apabila tiada gegendang sudi mendengar, apabila satu kerdipan mampu mengugurkan mutiara-mutiara  jernih, apabila hati berkecai berkepingan berterbangan berselerakan bertaburan  dan apabila.. apabila.. dan apabila.. Too many reasons!

And me, I’m writing just to share what I feel, where I go, who I befriend  and want to make new friends also.  J

Oh ya, tunggu cerita saya ke Pulau Kapas, Terengganu nanti!
Till then.

Lot of loves,

Shafarahhusna, 7 September 2015