Assalamualaikum &
Hai.
Hashtag CottonOn ni
adalah sempena aku dan sahabat-sahabat aku ke Pulau Kapas, Terengganu.
Actually, kami dah plan sejak pertengahan bulan Ogos. Dalam 2 minggu duk buat
persiapan, akhirnya 4 September 2015 kami pun mengangkat sauh sampan sajo dan
berlayarlah kami 5 sahabat + 1 kawan baru = 6 jiwa ke Cotton Island. Haaa..
Cenggitu. Hikhik
Pada pukul 8 pagi kami
bertolak ke Jeti Marang. Perjalanan lebih kurang dalam 20 minit je dari Kuala
Terengganu. And, sebelum tu jangan lupa breakfast dengan Milo untuk tenaga
berterusan #iklan.
Bersama Alwa my travel partner in future! Pic credit to : Saf #IPhoneUser |
Lebih kurang pukul 9 pagi, sampai lah kami kat jeti tu. Sebelum tu, kami kena ambil tiket yang sudah di book awal-awal dekat kaunter 2. Lupa nak cakap, kami dapat 3 bilik dan tiket bot untuk 6 org return dengan harga rm600 sahaja. Bilik besar dan selesa yang disediakan KAPAS CORAL BEACH RESORT ni muat untuk 4-5 orang. Perjalanan dari jeti ke pulau mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Berehat sebentar bersama Alwa dan Apijol Pic credit to : Saf #IPhoneUser |
Berita baiknya,
perjalanan dan perancangan kami going smooth and clear. Kami sampai awal, jadi
peluang yang ada kami gunakan sebaik mungkin dengan aktiviti ‘Island Walking’.
Ramai pelancong asing menjadikan pulau ini sebagai destinasi percintaan mereka.
Selain pelancong asing, pekerja warga asing pun ada sebab kerja-kerja
renovation chalet dan hotel sedang giat dijalankan. Oh ya, Pulau Kapas
menggunakan tenaga solar untuk bekalan elektrik. Smart island perhaps.
Mandi manda bersama rakan baru; Ain, Cha dan Adda Pic credit to : Saf #IPhoneUser |
Dalam pukul 11.330
pagi, kami dapat 1 bilik untuk simpan beg-beg dan terus tukar baju untuk mandi
manda. Sesiapa pun geram dengan kejernihan biru laut tu beb! tapi be very careful
sebab kat sini banyak obor-obor. Sepanjang kami mandi dan snorkeling, Alhamdulillah
obor-obor kat situ semua bertukar jadi manja-manja dan pemalu. Hahaha
Wefie selepas snorkeling. Bersama Saf, Apijol, Zaq, Jamal dan Alwa Pic credit to : Saf #IPhoneUser |
Duyung jantan jadian Pic credit to : Saf #IPhoneUser |
Sunset :) #AcahacahSuwit Pic credit to : Saf #IPhoneUser |
Selepi dulu ngan Alwa (kacamata) Pic credit to : Saf #IPhoneUser |
Snorkeling tidak
termasuk dalam harga bajet kami, so kami spare rm15 untuk menyewa kelengkapan
snorkel seperti mask, gogle dan life jacket. It worth it since the coral is not
quite beautiful but the fishes were very friendly. Trust me =)
Maaf, kekurangan cahaya! Pic credit to : Saf #IPhoneUser |
Pada malam hari, kami
adakan mini BBQ. Barang makanan dan dapur yang sememangnya dibawa khas dari tanah
besar untuk our dinner. Antara menu ialah ayam bakar yang diperap by Datin
Khamas, sosej, sandwich dan mi segera. Tak mewah tapi kami kenyang.
Keesokannya, seawal jam
8.30 pagi kami ready untuk snorkeling. Sepatutnya kami snorkeling pada petang
hari sebelumnya, tetapi kerana keadaan laut yang tidak mengizinkan, snorkeling
kami ditunda pada pagi 5 September. Bukan kerana laut bergelora tau, tapi kerana
air pasang pagi SURUT pukul lima. Lebih
dua jam membakar kulit dan bermesra dengan ikan dan batu karang, jam 1030 pagi
kami naik ke pantai dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah.
Pulang!!!! Pic credit to : Saf #IPhoneUser |
And yes, it was really
a short-short vacation, but we had joy we had fun we had season in the sun
sangat-sangat!! Wallawehhhh...
Its not about where we
go, but with whom we spend our time with.
Till then.
Lot of loves,
Shafarahhusna, 7
September 2015
seronoknya awak !!! sangat fun!
ReplyDeleteHi...ad Contact no boatman x
ReplyDelete