Assalamualaikum &
Hai.
Nak cerita sikit pasal
aku, Alwa, Saf, Apijol dan Jekzie kembara ke negeri yang sinonim dengan
panggilan Che Siti Wan Kembang. Tujuan kami tak lain tak bukan hanya lah untuk
menjamu diri dan perut kami dengan masakan-masakan Kelantan Darul Naim yang
memang terkenal manis tapi sedap ni.
Selain daripada
keenakan masakannya, negeri kelahiran Khadijah turut terkenal dengan senibina
islamik yang sangat halus, cantik dan gah! Kalau nak tahu, negeri Kelantan juga
dikenali sebagai ‘Serambi Makkah’. Serius aku cakap, aku dah merata pergi dan
apa yang buat aku kagum dan hormat, masjid-masjid di Kelantan ni sangat bersih
even telekung yang di sediakan juga sangat bersih walaupun hanya sempat
menyinggah dua masjid sahaja untuk solat Asar + Zuhur dan solat Maghrib +
Isyak. *Double thumbs up!
Jangkaan masa kalau
dari Kuala Terengganu macam kami, lebih kurang dalam 2 jam 30 minit sahaja itu
pun kalau takde menyinggah ke mana-mana dan sememangnya sudah arif dengan
jalan-jalan di KB. Walaubagaimanapun, kami sempat lah jugak makan langsat 5 6
kali dan bergantung harap kepada aplikasi Maps. Hewhewhew..
Setibanya, perut sudah
pun berorkestra sebab memang niat kami untuk bawak perut kosong saja. Jadi,
kami decide untuk alas perut dahulu dengan Roti Titab yang boleh didapati di Kopitiam Kita. Waktu kami sampai servis
tiptop lah sebab tak ramai pelanggan. Nak cari kopitiam ni punyalah susah sebab
lokasinya yang sedikit ‘privacy’. Gitew. And the best thing, kopitiam ni sangat
terkenal kerana menjadi persinggahan para artis seperti Siti Nurhaliza, Elfira Loy, Diana Amer dan ramai lagi.
Percayalah, satu memang tak cukup ! |
Roti titab ni berharga RM5 satu. Kaya dan telur separuh masak sebagai topping untuk roti yang telah di bakar. Highly recommended kalau ke Kota Bharu, Kelate. Bagi sesiapa yang tak makan telur, boleh order roti bakar kosong sajo!
Tak cukup dengan Roti
Titab, kami menjejak pulak restoran Nasi Ulam Cikgu. Pergh, nak parking memang
susah. Jadi kami parking kereta di parking lot depan Istana Jahar. Keluar peluh
jantan setitik dua dah pun sampai. Paling istimewa adalah restoran ini terletak
di dalam kawasan Kampung Kraftangan. Suasana makan kat sini seperti zaman nenek
moyang iaitu makan bawah rumah bersama keluarga tersayang dan angin semulajadi
menampar lembut tapi kat sini angin kipas je lah tapi tak terasa angin kipas
pun sebab satu hal kami pergi hari minggu dan satu hal lagi restoran ni memang
terkenal dalam kalangan penduduk setempat dan mereka-mereka dari seluruh
pelusuk tanah air. So, memang crowded gila and meja pun kena berebut lah sikit.
My lunch partner ! |
Kat dalam ni lah restoran Nasi Ulam Cikgu tuu ! |
Bagi kaki budu dan tempoyak, faham-faham lah. Berpeluh jugak nak habiskan dua pinggan nasik. Kenapa dua? Sebab sepinggan tak cukup okey! Memang berjeluk kata mak aku. Hehhe. Menu pilihan kami terdiri daripada ikan keli goreng, ayam kampung goreng, ayam bandar goreng, ikan kerisi goreng, ikan kembung panggang, kuah singgang dan kuah gulai dimakan bersama ulam raja, kacang botol, timun batang dan pucuk daun jambu golok (gajus) yang dicelur terlebih dahulu. Tidak dilupakan bandung sirap selasih yang menyegarkan. Keseluruhannya hidangan disini sangat sedap serta harga yang juga berpatutan. Memang berbaloi-baloi.
Dah puas menjamu perut,
kami menjamu mata di KB Mall dan seterusnya ke Pantai Cahaya Bulan.
Niatnya untuk mencuba teh tarik madu Pak Mat tapi kedainya tutup. Sedikit hampa. Namun, kehampaan kami diganti dengan keseronokan makan sate di Jabi, Jerteh. Yuhuuuuu!!. Jabi memang terkenal dengan keenakan satenya. Kami memilih restoran sate Lanang. Harga secucuk sate hanya 60 sen. Kami memilih sate ayam, sate daging, sate hati dan pedal ayam. Berbaloi dan recommended. Sewaktu tibanya kami, suasana restoran sedikit riuh dengan murid sekolah rendah yang juga dalam perjalanan pulang ke Dungun, Terengganu dari KB! Satu bas okeyy.. Teringat rombongan sekolah zaman dulu-dulu. ^,^
Niatnya untuk mencuba teh tarik madu Pak Mat tapi kedainya tutup. Sedikit hampa. Namun, kehampaan kami diganti dengan keseronokan makan sate di Jabi, Jerteh. Yuhuuuuu!!. Jabi memang terkenal dengan keenakan satenya. Kami memilih restoran sate Lanang. Harga secucuk sate hanya 60 sen. Kami memilih sate ayam, sate daging, sate hati dan pedal ayam. Berbaloi dan recommended. Sewaktu tibanya kami, suasana restoran sedikit riuh dengan murid sekolah rendah yang juga dalam perjalanan pulang ke Dungun, Terengganu dari KB! Satu bas okeyy.. Teringat rombongan sekolah zaman dulu-dulu. ^,^
**Its not about where
we go, but with whom we spend out time with.**
Photographer : Safuwan Mohd Saidi
Photographer : Safuwan Mohd Saidi
Till then.
Lot of loves,
Shafarahhusna, 23
September 2015
Selagi xcitet pasal mknan klantan.. Roty canai potek
ReplyDeletetq for info :)
Deleteevery single cent was worth..thank for the review
ReplyDeleteSemua makanan sodap belaka.. =D
ReplyDelete